MasterChef Jugak? Follow sini! he2..

Friday, 4 April 2014

KANGKUNG GORENG BELACAN



KANGKUNG GORENG BELACAN

Bahan- bahan :

kangkung (utk satu pinggan hidangan la..pandai2 la agak..ehhe) - dipotong
10 ekor udang kecil (kalau xnak letak pun xpe)
minyak secukupnya
garam secukup rasa
air secukupnya

ditumbuk :

2 ulas bawang putih *
sedikit belacan (guna sambal belacan pun xpe) *
satu tangkai cili merah


cara membuatnya :

panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
masukkan kangkung dan air, biarkan setengah masak.
masukkan udang dan gaul rata. perasakan dengan sedikit garam dan jangan biarkan sehingga sayur tersebut terlalu layu (terlalu lembik).
siap! hidangkan dalam pinggan. 


By: inibelogcikgusuraya.blogspot.com

Thursday, 3 April 2014

KEK COKLAT KUKUS


KEK COKLAT KUKUS 

Bahan-bahan ( loyang 7 inci )

125 gm / 1 cawan tepung gandum + 1/2 sk baking powder (diayak)
1/3 cawan serbuk koko (diayak)
1/3 cawan horlicks (diayak)
4 biji telur gred AA
225 gm mentega
3/4 cawan gula kastor (dikisar halus spt gula ising)
1/2 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla

Cara-cara

Sediakan pengukus. Didihkan air dgn api sederhana. Griskan loyang kek dan taburkan sedikit tepung (seelok2nya lapik dgn kertas minyak supaya mudah utk keluarkan kek)

Putarkan mentega bersama gula hingga berkrim dan gebu (guna kelajuan maxima).

Masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan. Masukkan susu pekat dan putar lagi.

Sementara itu, satukan tepung bersama koko dan horlicks. Kemudian masukkan ke dalam adunan mentega sedikit demi sedikit sambil diputar.

Akhir sekali masukkan esen vanilla. Sebatikan.

Tuangkan ke dalam loyang kek dan tutup dgn kertas foil. Kukus selama 1 jam.

Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang.

Boleh hiaskan dgn topping kesukaan masing2 jika suka (tak letak pun takpe sb kek ini sudah cukup manis dan moist)

***tepung gandum boleh digantikan dgn tepung naik sendiri


By: linapg.blogspot.com

SWEET SOUR KETAM

SWEET SOUR KETAM

bahan2

3 ekor ketam
1 senduk cili kering kisar
2 labu bawang besar di potong bulat2
4 ulas bawang putih
1 cawan tomato sos
1 cawan cili sos
2 cawan air
serbuk kunyit
garam secukup rasa
2 sudu besar gula
1 butir telur
daun bawang utk hiasan
minyak utk meggoreng

cara

ketam di bersihkan dan di lumur dgn sebuk kunyit dan sedikit garam kemudian goreng setengah masak.
ketepikan.
kurangkan lebihan minyak goreng hingga tinggal anggaran 1 cawan
tumis bawang putih hingga naik bau
masukan cili kering kisar.
tumis hingga naik bau
masukan kedua2 sos
masukan air
masukan gula
rasakan garam,jika kurang tambah sedikit garam
telur di kocak2
bila sudah mendidih,masukan telur,bawang besar
akhir sekali masukan ketam
gaul sebati
sedia untuk di hidangkan

*sedap di makan bersama roti


By: anymz-mykitchen.blogspot.com

KEK PISANG

KEK PISANG

Bahan – bahan

2 cawan tepung gandum (sila guna yg berkualiti, maaf trpksa jujur tp gandum yg cap kunci 1 mlysia tu xelok sngt)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang masak (warna kuning tu haaa...lenyekkan)
½ cawan minyak masak (kalau guna minyak jagung lagi gebu sedap dan sihat!hehe)
2 biji telur
esen vanilla

cara caranya :

ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder dan kemudian ketepikan. sementara tu, griskan dulu loyang kek dengan sedikit mentega/ marjerin. dan panaskan oven 180 darjah celcius.

seterusnya, putar telur + gula sehingga kembang.

pastu masukkan esen vanilla dan pisang, putar hingga sebati, dan masukkan tepung gandum + soda bikarbonat + baking powder yang telah diayak tadi...

akhir sekali, barulah masukkan minyak dan pukul hingga sebati...

tuang ke dalam loyang yang telah digriss td, dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit ataupun 1 jam. (cucuk la ngan lidi ke ape ke...untuk check masak xkt dalam)

setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan....lepas tu boleh la nak ngap pon!

selamat mencuba! nak guna loyang bulat ke, panjang ke, macam mana pun, boleh. hihi

By: inibelogcikgusuraya.blogspot.com

KEK BATIK COKLAT

KEK BATIK COKLAT
Bahan2nya ( utk berat 1 kg )
200gm millo ( saya letak 2 cawan metrik )
250gm butter
3 sudu makan serbuk koko
1 tin kecil susu pekat manis
biskut marie secukupnya

Cara membuatnya

1. Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
2. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali…
3. Setelah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur
4. Seterusnya masukkan serbuk koko…. gaul tanpa henti sehingga halus dan tak berketul lagi….
5. Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
7. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
8. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman…. potong dan siap untuk dihidangkan…

By: potretkasih.com (Resepi : Myllla@myresepi)

DAGING DENDENG

DAGING DENDENG

Bahan-bahannya:

1 kilo daging

100-150 gram cili kering ( dikisar)

5/6 labu bawang merah besar dan dikisar bersama cili kering

Sedikit gabungan kicap lemak manis dan kicap pekat

2/3 sudu besar cuka

Garam dan gula

Sedikit minyak untuk menumis

# Sedikit halia, bawang putih yang dikisar untuk diperap bersama daging

Cara membuatnya:

Rebus daging sehingga empuk

Potong daging nipis-nipis dan tumbuk sehingga leper

Perap daging bersama bahan-bahan perapan dan sedikit kicap selama 30 mint- 1 jam

Goreng daging, angkat dan toskan

Tumis bawang dan cili kering sehingga garing dan naik minyak

Masukkan kicap dan gaul rata

Masukkan daging yang telah digoreng tadi

Masukkan garam, gula dan cuka

Gaulkan dendeng daging,angkat dan hidangkan

By: azianhasan.com

PUDING KASTARD JAGUNG

PUDING KASTARD JAGUNG

Bahan utk Puding:
1 cawan tepung kastard
1 1/2 cawan jagung manis (dalam tin)
3/4 cawan gula pasir
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair

Bahan Tambahan:
1 cawan buah campuran dalam tin (tak letak)

Cara-cara:
Letak buah-buahan campuran ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2, ketepikan - bagi yang nak buat Puding Kastard Jagung Berkoktail.

Campurkan kesemua bahan utk puding ke dalam kuali dan kacau mesra. Kemudian letak di atas api yang perlahan dan kacau terus-menerus hingga adunan pekat dan berkilat.

Angkat dan tuangkan ke dalam loyang kesukaan atau bekas acuan berisi buah-buahan campuran tadi.

Tunggu sehingga sejuk dan kemudian masukkan dalam peti ais. Sedap dimakan bila sejuk.

By: Dapur CT & aziejaya.blogspot.com

KEK KUKUS COKLAT CHEESE


KEK KUKUS COKLAT CHEESE

Bahan A

1cawan gula
1cawan susu cair
1cawan koko
1/2cawam susu pekat
1cawan minyak
bahan diatas campur semuanya dan masak atas api dan kacau sampai sebati siap tutup api serta ketepikan biar sejuk

Bahan B
3biji telur (A)

Bahan C
1cawan tepung naik sendiri

Cara-caranya
Pukul bahan B sampai kembang dan gebu , masukkan dlm bahan A kacau sebati, masukkan bahan C kacau sampai sebati dan boleh lah dikukus separuh dulu(AIR MESTILAH DIMASAK DULU ) Loyang hendaklah disapu majerin serta dialas kertas nak kukus dalam bekas kecil-kecil pun boleh jugak .Sementara tunggu masak sediakan cream cheese..

Bahan-bahannya
250gm cream cheese
60gm gula castur
25ml air biasa
25gm tepung gandum
1biji telur

Cara-caranya: pukul bahan diatas kecuali telur sampai kembang dan gebu , masukkan telur dan pukul lagi siap bila bahan coklat dah masak masukkan cheese sampai habis , kukus lagi sampai masak siap masukkan baki coklat tadi dan kukus lagi sampai masak dah masak tunggu sejuk baru dikeluarkan dari loyang.

By: bakewithelly.com & iresepi.net

IKAN MASAK LEMAK CILI API


IKAN MASAK LEMAK CILI API

1 ekor ikan dipotong ( saya guna 4 ekor ikan kembung )
2 ulas bawang putih-dikisar
1 biji bawang besar-saiz sederhana-dikisar
1 biji cili merah-dikisar
6 biji cili api-dikisar
2 batang serai diketuk
sedikit serbuk kunyit
1 keping asam keping
1 cwn santan pekat
2 cawan air
garam, gula
2 biji terung – boleh tambah
6 biji bendi – boleh tambah

Cara penyediaan

1. Campur semua bahan dalam periuk kecuali ikan dan asam keping.

2. Kacau sekali sekala dan tunggu hingga mendidih.

3. Masukkan ikan dan asam keping. Kacau dan perlahankan api. Biarkan sehingga ikan masak. Kacau sekali skala.

4. Perasakan dengan garam dan gula. Boleh tmbh pati ikan knorr jika suka.

5. Biarkan mendidih. Bila ikan hampir masak, masukkan timun, terung, bendi dan cili yg dipotong jika suka. Siap.


By: Dapur ijan Blogresipi & potretkasih.com

AYAM GORENG SERAI

AYAM GORENG SERAI
Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong
garam secukupnya

Bahan Kisar / Tumbuk
8 ulas bawang putih
6 batang serai
5cm halia
1 kiub ayam
1/2 inci kunyit hidup / serbuk kunyit

Cara – cara
Gaul ayam dengan bahan kisar, perap selama 2 jam. Kemudian goreng hingga garing.


By: resipicitarasawan.blogspot.com & potretkasih.com

AYAM GORENG TOMYAM

AYAM GORENG TOMYAM

1 ekor ayam
3 ulas bawang putih ( diketuk )
1 biji bawang besar ( dihiris )
2 sudu makan pes tomyam
10 biji cili api ( di masukkan sebiji sebiji atau di ketuk )
1 batang serai ( di ketuk )
1 sudu makan air perahan limau nipis
2 sudu besar sos cili ( resepi asal tak letak )
1 biji buah tomato ( belah 6 )
garam
sedikit gula ( optional )
minyak masak secukupnya
daun limau purut


Cara penyediaaan

1. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak ( jangan terlalu garing ). Ketepikan.

2. Panaskan minyak tumis bawang putih, bawang besar, serai, cili padi dan pes tomyam hingga wangi.

3. Masukkan sedikit air, jus limau,sos cili dan garam.

4. Masukkan ayam dan masak hingga pekat.

5. Last sekali masukkan tomato dan daun limau purut. Bolehlah di hidangkan.


By: potretkasih.com

DAGING MASAK PALEMBANG

DAGING MASAK PALEMBANG
Bahan-bahan:
700 gram daging – potong lebar dan nipis
2 batang serai – dititik
500ml santan pekat - (boleh gantikan dengan kerisik)
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)
minyak

Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering

Rempah penumis
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga


Cara Penyediaan

1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.

2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.

3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.

4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.

P/S: Jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik atau boleh masukkan santan dan sedikit kerisik.


By: Kak Maria Hakem - potretkasih.com

DAGING MASAK GULAI SERAI

DAGING MASAK GULAI SERAI
Bahan2nya..
1 kilo daging lembu ( di potong kecil2, dicuci dan ditoskan… )
2 biji kentang ( kopek kulitnya dan di potong 6-12 bhgn )
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
10 btg cili kering – potong2 dan rendam dalam air panas )
2 batang serai
1 sudu teh ketumbar biji
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 kotak @ 200 g santan
1/2 cawan susu cair /santan pekat
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa


Cara Membuatnya

1. Kisar bawang besar, halia, kunyit, cili kering, bawang putih, serai, jintan putih, jintan manis bersama sedikit air hingga hancur…

2. Kemudian satukan daging, bahan2 yg telah dikisar, air dan santan dan masak hingga daging 3/4 masak.

3. Masukkan kentang, garam, asam gelugur kedalam gulai… jika air kurang boleh tambah lagi… dan masak lagi hingga daging agak empuk dan santan telah mengeluarkan minyaknya.

4. Last sekali masukkan susu cair/santan pekat, sesuaikan rasa dan bila kuah sudah mendidih dan agak pekat bolehlah tutup api….

5. Hidangkan dgn nasi panas2….

By: potretkasih.com

AYAM MASAK ASAM PEDAS LADA HITAM

AYAM MASAK ASAM PEDAS LADA HITAM

Bahan-bahannya

1 ekor ayam (potong ikut suka)
Daun kesom
1 sudu kecil pes asam jawa
Sedikit garam
Sedikit kicap manis
1 mangkuk air
Minyak untuk menumis

Bahan dikisar

5 sudu besar lada kering yang sudah dikisar
5 biji lada merah
3 sudu kecil lada hitam
3 biji bawang merah besar
2 biji bawang putih
3 cm halia
3 cm kunyit hidup
2 cm belacan

Cara-cara membuatnya

Tumis bahan yang dikisar hingga benar-benar garing.

Setelah garing masukkan ayam dan air, biarkan mendidih, setelah mendidih masukkan asam jawa dan daun kesom, garam secukup rasa dan sedikit kicap manis.

Setelah ayam masak, boleh lah diangkat dan dihidangkan.


Recipe by: Yahya Maizom - mysimpleanddelicious.blogspot.com

IKAN KERAPU GORENG MASAM MANIS

IKAN KERAPU GORENG MASAM MANIS

Bahan A

1 ekor ikan kerapu (potong mengikut kesesuaian anda)
1 paket tepung goreng ayam (nak jimat....buat bancuhan tepung sendiri)
1 biji telur
Garam secukup rasa

Bahan B (Sosnya)

4 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dipotong kiub)
1/2 biji lada benggala (dipotong kiub)
8 kiub nenas (dalam tin)
2 sudu makan sos tomato
5 sudu makan sos cili
Sedikit jus buah-buahan (nenas, oren - optional)
1 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Garam, serbuk lada putih dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya

1. Sediakan bancuhan tepung dengan mencampurkan kesemua bahan A lalu dipukul sebati.

2. Panaskan minyak, celupkan ikan dan goreng ikan kerapu hingga kuning keemasan.

3. Untuk menyediakan sosnya, tumis sebentar bawang putih beserta bawang besar.

4. Masukkan lada benggala, nenas serta sos cili dan tomato.

5. Masukkan juga jus buah jika ada.

6. Biarkan kuah sedikit mendidih lalu dimasukkan bancuhan tepung jagung lalu dikacau sebati.

7. Perasakan secukupnya dengan garam, serbuk lada putih dan gula.

8. Untuk menghidangkannya, tuangkan sos keatas ikan yang telah digoreng tadi.

9. Hias dan hidangkannya.



By: Chef Hussin - studiomasakanchefhussin.blogspot.com

SOTO AYAM

SOTO AYAM

Bahan-bahan: Anggaran untuk 5-6 orang

½ ekor ayam (berat 900 g) } dipotong 2
300 g nasi himpit segera } direbus hingga masak kemudian sejukkan
1 sup bunjut Adabi
suhun } digoreng
1 tangkai daun bawang }dihiris
1 tangkai daun sup} dihiris
100 g kacang tanah }digoreng
2 sudu besar minyak untuk menumis
100 g taugeh } buangkan ekornya
air secukupn
garam secukup rasa


Bahan penumis:
3 cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih


Bahan kisar:
4-5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm lengkuas
1 batang serai
1/2 sudu besar jintan manis biji
1/2 sudu besar jintan putih biji
1 sudu besar ketumbar biji
1/2 sudu kecil lada sulah
2 biji buah keras


Cara membuat sup/kuah:

Panaskan minyak.

Tumis bahan-bahan penumis sehingga wangi kemudian masukkan bahan-bahan kisar & serbuk sup, goreng hingga wangi dan garing.

Masukkan air, ayam dan garam secukup rasa.

Masak dgn api yg perlahan hingga ayam empuk.

Setelah masak keluarkan ayam, ambil isinya siat-siatkan dan ketepikan. Tulang ayam dimasukkan balik kedalam kuah sup tadi.

Ketika menghidang,isikan nasi impit ke dalam mangkuk kemudian masukkan pula suhun, taugeh, isi ayam, begedil, bawang goreng, daun bawang, daun sup, kacang goreng dan sambal kicap. Tuangkan kuah. Sedia untuk dimakan.


Bahan sambal kicap:
10 biji cili api
7 sudu besar kicap manis
1 ulas bawang putih


Cara membuat sambal kicap:

Campurkan semua bahan kemudian kisar halus.


Bahan untuk begedil:
500 g kentang
150 g daging kisar
½ sudu kecil serbuk lada sulah
½ gengam bawang goreng
1 biji telur
sedikit daun sup }dimayang
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng


Cara membuat begedil:

Kentang dibuang kulit kemudian hiris nipis-nipis. Goreng hingga masak. Angkat ketepikan.

Daging digoreng hingga kering airnya.

Satukan daging, kentang goreng, serbuk lada sulah, daun sup, bawang goreng dan garam secukup rasa.

Gaul dan ramas-ramas hingga sebati.

Ambil sedikit adunan dan kepal-kepalkan menjadi bulat kemudian leperkan sedikit.

Pukul telur kemudian celupkan adunan yg telah dileperkan tadi ke dalam telur dan goreng hingga keperangan.



Nota: Jika suka, nasi impit boleh digantikan dgn mee hoon atau mee kuning yang telah dicelur.


Thanks to: dapur-digital.blogspot.com

KARI AYAM GAYA

KARI AYAM GAYA

BAHAN-BAHANNYA
1/2 ekor ayam, potong pada 10 bahagian, cuci bersih dan toskan
4 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap satu, rendam
1 biji tomato, belah 6
1/2 camca teh halba
1/2 camca teh jintan kasar
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 inci halia, hiris halus
2 biji bawang merah, hiris halus (boleh guna 4 biji)
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 tangkai daun kari, dilurut
3 1/2 camca besar rempah kari daging (boleh guna Baba's)
3 camca besar cili kisar (boleh letak 2 camca)
1/2 cawan pati santan
1 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA

Gaul rempah kari dengan cili kisar, jika perlu tambah sedikit air, kacau hingga menjadi pes. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, bawang putih halia, jintan kasar, halba, bunga lawang, kayu manis dan daun kari hingga harum. Masukkan pes rempah kari tadi dan tumis hingga rempah garing dan pecah minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.

Masukkan ayam dan kentang (toskan), gaul rata dan biar hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya (hingga ayam sedikit tenggelam). Kacau dan biar mendidih hingga kentang empuk. Tambah jus asam jawa dan pati santan.

Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api perlahan dan kacau sekali sekala. Masukkan tomato, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan...


Recipe by: Mat Gebu - tiffinbiru.com

SAMBAL TUMIS UDANG

SAMBAL TUMIS UDANG

Bahan-bahan:
1 kilo udang sederhana besar
1 biji bawang besar - dipotomg nipis-nipis
2 sudu besar gula - boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing-masing
Garam dan air asam jawa secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Bahan untuk dikisar:
10 biji cili kering - boleh ditambah, kalau kurang tak sedap.
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan - dibakar atau digrill.

Cara Penyediaan:
Bersihkan dan toskan udang, ketepikan dahulu. Tumis bahan kisar, sehingga harum. Masukkan gula, asam jawa, dan garam. Terus kacau sampai masak dan naik minyak. Masukkan udang dan bawang besar. Kacau lagi supaya mesra. Kemudian tutup api apabila udang masak. Udang mengeluarkan air sendiri so, tak perlulah sibuk tambah air. Nanti sambal jadi terlalu cair.


Recipe by: Annedya JSPutery - annedyaputerystory.blogspot.com

DAGING MASAK SOS LADA HITAM BERKENTANG

DAGING MASAK SOS LADA HITAM BERKENTANG

Bahan-bahannya:
*1/2 kg daging
*1sudu kecil serbuk kunyit
*1 sudu besar serbuk lada hitam
*1 sudu teh gula
1 biji bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos lada hitam (jenama apa pun boleh) - boleh guna sos lada hitam Sarawak
3 biji ubi kentang - dipotong wedges
2 biji bawang besar - dipotong bulat
Daun bawang dan daun sup
Garam/gula/serbuk perasa
Minyak secukupnya
Air secukupnya

Cara-cara memasak:

Daging dibersihkan dan dihiris nipis dan lebar. *Perapkan daging dengan serbuk kunyit, serbuk lada hitam, dan 1 sudu teh gula. Ketepikan selama lebih kurang 30 minit.

Panaskan minyak. Tumis hirisan bawang besar, hirisan bawang putih, dan hirisan halia sehingga kekuningan dan naik bau.

Masukkan sos lada hitam dan kacau rata. Selepas itu masukkan 1 cawan air, diikuti dengan sos cili dan sos tiram. Kacau lagi.

Seterusnya masukkan daging yang telah diperap tadi. Kacau rata dan kemudian tambahkan air secukupnya. Masak sehingga daging empuk. Sekiranya air telah kering tetapi daging masih belum empuk, bolehlah ditambah air dan masak lagi sehingga daging empuk.

Semasa daging 3/4 empuk dan air masih belum kering, bolehlah dimasukkan ubi kentang. Perasakan dengan gula, garam, dan serbuk perasa.

Apabila kuah telah agak pekat, masukkan bawang besar yang dipotong bulat, daun bawang, dan daun sup. Kacau rata dan tutup api.

Sedia untuk dihidangkan.


Special thanks to: Kak Noor from sajiandapurbonda.blogspot.com

AYAM MASAK MERAH

AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan :

1 ekor ayam - potong sedang
1 batang serai - diketuk
20 tangkai lada kering - rebus dan blend
5 biji bawang merah - ditumbuk
4 biji bawang putih - ditumbuk
1/2 inci halia - ditumbuk
2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
1 biji bawang besar - di hiris bulat
1 biji buah tomato (tak letak pun tak pe)
Gula, garam dan ajinomoto secukup rasa
Serbuk kunyit - untuk mengoreng ayam
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Air perahan asam jawa


Cara membuat :

Gaul garam dan serbuk kunyit pada ayam
Panaskan minyak dalam kuali
Bila minyak panas, gorengkan ayam
Tidak perlu garing, cukup sekadar matikan darah ayah sahaja
Ketepikan ayam dahulu
Dalam kuali yang lain, panaskan minyak
Tumiskan bahan tumbuk dan serai hingga garing
Masukkan lada kering yang telah diblend tadi
Biar sambil di kacau-kacau lada sehingga lada garing
Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, garam, gula dan ajinomoto
Kacau sebati
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi
Kacau sebati
Masukkan air perahan asam jawa
Masukkan bawang besar yang dihiris bulat dan tomato buah yang dipotong baji
Biarkan mereneh seketika
Bila kuah mulai memekat, bulehlah di angkat dan dihidangkan
Enak di makan bersama ketupat dan sayur lodeh


Thanks to: aznanie.blogspot.com

AYAM MASAK WANGI

AYAM MASAK WANGI

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam, dibersihkan dan dipotong2
2 batang serai, dititik
4 helai daun limau purut
2 biji tomato, dibelah 4

Bahan-bahan untuk diblend:
2 biji bwg besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan-bahan utk Sos:
3 sudu besar Sos Cili
1 sudu besar Sos Tomato
1 sudu besar Pes Tomyam

2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis
1 biji perahan air limau nipis
Daun sup dihiris

Cara-Cara:
1. Goreng ayam sehingga 3/4 masak, toskan dan asingkan.
2. Tumiskan bahan blend sampai wangi
3. Masukkan bahan sos dan kacau rata
4. Masuk ayam, serai dan daun limau purut
5. Masak dengan api perlahan, kemudian masukkan capsicum
6. Masakkan sebentar ayam, bila sudah masak, hidang dan hiaskan dgn daun sup…!


By: blogmakan-3e.blogspot.com

AYAM GORENG BEREMPAH

AYAM GORENG BEREMPAH


Bahan-bahan ( 3-4 orang )
7-8 ketul ayam (dibersihkan)
5 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
1 inci halia (ditumbuk kasar)
3 batang serai (ditumbuk kasar)
1 sb ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
1 sdt jintan manis (disangai dan ditumbuk kasar)
1 sb serbuk kari ayam (boleh guna Adabi)
1 biji telur
2 sb tepung jagung
1 tangkai daun kari
garam secukupnya

Cara-cara
Perapkan ayam dgn semua bahan di atas selama 1 jam atau selama mana yg boleh. Kemudian gorengkan dgn minyak yg banyak sehingga garing. Gunakan api perlahan shj.

Hidangkan panas2.


Thanks to: Cikgu Suraya from inibelogcikgusuraya.blogspot dot com

IKAN SIAKAP TIGA RASA

IKAN SIAKAP TIGA RASA
BAHAN UNTUK IKAN
-seekor ikan siakap (yang dah dibersihkan)
-minyak masak(untuk goreng ikan)
-sedikit tepung jagung(untuk lumur pada ikan siakap)
-cukup rasa dan garam secukunya(untuk lumur ada ikan)


BAHAN UNTUK KUAH
-2 biji bawang merah - dipotong dadu
-6 biji bawang putih - dicincang halus
-5 biji cili padi - dipotong kecil
-1 inci halia - dihiris halus
-1 biji tomato - dipotong dadu
-sedikit nenas- dipotong dadu
-4 sudu besar sos tomato
-4 sudu besar sos cili thai
-2 sudu besar sos tiram
-2 sudu besar sos ikan
-2 batang serai -diketuk
-Beberapa helai daun limau purut
-Daun sup/daun bawang untuk hiasan
Garam secukup rasa
-Ajinomoto secukup rasa
-Gula secukup rasa
-sedikit cukup rasa maggi
-Minyak untuk menumis


CARA MEMBUATNYA

1. Ikan dibersihkan dan ditoskan
2. Lumurkan ikan dengan serbuk cukup rasa dan sedikit garam. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
4. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai, dan bawang putih.
5. Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, . Kacau sebentar.
6. Masukkan bawang besar, tomato, nenas..
7. Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto dan cukup rasa.
8. Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang.


Recipe by:Amirah Hananni, may reach her at amirahhananni.blogspot dot com

KEK OREN BLENDED

KEK OREN BLENDED

Bahan2nya:
* 1 biji oren Sunkist - belah, buang putih kat tgh2 & potong kecik2 termasuk kulit.
* 1 cawan minyak masak
* 1 cawan gula
* 3 biji telur
* Sedikit pewarna kuning
* Sedikit esen oren
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara2nya:

Blender semua bahan2 yang bertanda * sampai halus.
Ayak tepung gandum bersama baking powder & soda bikarbonat.
Campurkan bahan2 yang sudah diblend tadi dengan tepung.
Gaul dengan senduk sehingga tepung tadi x berketul2.
Panaskan oven dengan suhu 1700C - api atas bawah.
Bakar dalam loyang yg dah dilapik kertas minyak & digris selama 30 - 35 minit.

PENTING:kalau cupcake 15 minit sudah memadai..

Thank to: kekwamerahjambu.blogspot dot com

NASI TOMATO RINGKAS

NASI TOMATO RINGKAS

BAHAN-BAHANNYA
3 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit
1 camca besar pes tomato (tomato puree)
2 camca besar sos tomato
2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
3 1/2 cawan air
1 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat)
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

BAHAN HIASAN
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng
Kismis
Kacang pis

CARA MEMBUATNYA
Panaskan minyak sapi dalam kuali (mat guna non-stick pan), tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga harum. Masukkan pes tomato dan tomato sos, kacau rata dan masukkan beras. Gaul hingga mesra dan goreng beras tadi 1 minit.

Alih beras tadi ke dalam rice cooker. Tuang air dan susu rendah lemak. Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. Masak seperti biasa hingga nasi kering. Tabur kismis dan kacang pis (jika guna). Dan biar nasi betul2 masak. Gemburkan dan matikan suis rice cooker tadi.

Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng. Boleh juga anda kukus nasi tadi. Bila nasi masak dan lampu pada rice cooker, bertukar ke tanda "warm". Anda keluarkan nasi, letak dalam kukus yang dialas daun pisang (cucuk2 sedikit daun tadi untuk membuat lubang) dan kukus hingga masak.



Recipe by: Mat Gebu - tiffinbiru dot com

TAHU FANTASIA


TAHU FANTASIA

Bahan2nya

6 keping tahu
1/2 cawan daging ayam dipotong dadu ( kecil2)
1 pokok kecil daun bawang dan daun sadri di mayang halus
1 batang lobak merah diparut halus
1 btg lada merah dipotong dadu halus
1 putih telor
2 sd makan tepong jagung
Sedikit garam
Sedikit lada putih

Caranya:

Tahu dihancurkan sehingga lumat. Kemudian campurkan semua bahan2 yg lain. Sekiranya kurang melekat, masukkan sedikit lagi tepong jagung.

Masukkan campuran tadi kedalam acuan kuih lompang ataupun ke dalam loyang. Kukus sehingga masak.

Kemudian sejukkan dan dikeluarkan dari acuan. Setelah itu digoreng dalam minyak panas sehingga ke kuningan.. Sedap dimakan dengan sos cili atau cili padi.


Ayam boleh juga digantikan dengan potongan udang atau seumpamanya.


Resepi oleh : Elly Salman at elly-salman.blogspot dot com

IKAN TENGGIRI MASAK KUALI




Bahan2nya:

3 keping ikan tenggiri direndam dengan asam garam dan dibersihkan

kemudian ikan tersebut dilumur dengan garam dan kunyit dan di goreng sehingga garing. Ketepikan

Bahan untuk kuahnya:

semuanyadi kisar:
8 bj bawang merah
10 tangkai lada kering
5 ulas bawang putih
5 bj lada merah
6 bj cili padi ( boleh ditinggalkan sekiranya tidak mahu pedas)
belacan sebesar ibu jari
halia sebesar ibujari
2-3 batang serai
sedikit kunyit

sedikit minyak utk menumis

santan dari 1 bj kelapa
air asam jawa 1 cawan ( boleh guna asam gelugor juga tapi hendaklah masukkan air supaya santan dicairkan sedikit)

sehelai daun kunyit dimayang halus

sedikit garam dan gula mengikut citarasa masing2

Caranya:

Tumis semua bahan yang dikisar sehingga garing.

Masukkan air asam jawa dan santan. Didihkan sehingga agak pekat.

Masukkan garam dan gula.

Masukkan ikan yang digoreng tadi. Akhir sekali masukkan daun kunyit yang di mayang.

Bila dah didihkan sebentar, bolehlah di angkat dan dimakan dengan nasi panas:)


by: Mak Lang, daridapurmaklang.blogspot dot com

HATI LEMBU GORENG DENGAN REMPAH KARI


HATI LEMBU GORENG DENGAN REMPAH KARI

Bahan2:

1/2 kg hati lembu dipotong nipis2
1 bj lada merah di hiris ( jika mau pedas boleh diganti dengan beberapa ulas cili padi yang di ketuk)
1 bj bawang besar dipotong bulat
3 ulas bawang putih dihiris
sebesar ibujari halia dihiris
4 sdb rempah kari daging
sepelepah daun kauh kari
1 kpg asam gelugor
sedikit garam dan gula
sedikit serbuk kunyit
Sedikit minyak utk meenggoreng dan menumis

Cara2nya:

1. Hati lembu dihiris dan dicuci bersih. Kemudian gaulkan dengan sedikit garam dan kunyit dan serbuk kari.
2. Goreng hati sehingga agak kering . ( saya tak lalu makan kalau masih rasa darah).
3. Masukkan bahan hirisan beserta asam keping dan gula dan garam.
4. Apabila hati susah masak, boleh lah diangkat.

Thanks to: http://daridapurmaklang.blogspot.com/