MasterChef Jugak? Follow sini! he2..

Friday, 4 April 2014

KANGKUNG GORENG BELACAN



KANGKUNG GORENG BELACAN

Bahan- bahan :

kangkung (utk satu pinggan hidangan la..pandai2 la agak..ehhe) - dipotong
10 ekor udang kecil (kalau xnak letak pun xpe)
minyak secukupnya
garam secukup rasa
air secukupnya

ditumbuk :

2 ulas bawang putih *
sedikit belacan (guna sambal belacan pun xpe) *
satu tangkai cili merah


cara membuatnya :

panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
masukkan kangkung dan air, biarkan setengah masak.
masukkan udang dan gaul rata. perasakan dengan sedikit garam dan jangan biarkan sehingga sayur tersebut terlalu layu (terlalu lembik).
siap! hidangkan dalam pinggan. 


By: inibelogcikgusuraya.blogspot.com

Thursday, 3 April 2014

KEK COKLAT KUKUS


KEK COKLAT KUKUS 

Bahan-bahan ( loyang 7 inci )

125 gm / 1 cawan tepung gandum + 1/2 sk baking powder (diayak)
1/3 cawan serbuk koko (diayak)
1/3 cawan horlicks (diayak)
4 biji telur gred AA
225 gm mentega
3/4 cawan gula kastor (dikisar halus spt gula ising)
1/2 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla

Cara-cara

Sediakan pengukus. Didihkan air dgn api sederhana. Griskan loyang kek dan taburkan sedikit tepung (seelok2nya lapik dgn kertas minyak supaya mudah utk keluarkan kek)

Putarkan mentega bersama gula hingga berkrim dan gebu (guna kelajuan maxima).

Masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan. Masukkan susu pekat dan putar lagi.

Sementara itu, satukan tepung bersama koko dan horlicks. Kemudian masukkan ke dalam adunan mentega sedikit demi sedikit sambil diputar.

Akhir sekali masukkan esen vanilla. Sebatikan.

Tuangkan ke dalam loyang kek dan tutup dgn kertas foil. Kukus selama 1 jam.

Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang.

Boleh hiaskan dgn topping kesukaan masing2 jika suka (tak letak pun takpe sb kek ini sudah cukup manis dan moist)

***tepung gandum boleh digantikan dgn tepung naik sendiri


By: linapg.blogspot.com

SWEET SOUR KETAM

SWEET SOUR KETAM

bahan2

3 ekor ketam
1 senduk cili kering kisar
2 labu bawang besar di potong bulat2
4 ulas bawang putih
1 cawan tomato sos
1 cawan cili sos
2 cawan air
serbuk kunyit
garam secukup rasa
2 sudu besar gula
1 butir telur
daun bawang utk hiasan
minyak utk meggoreng

cara

ketam di bersihkan dan di lumur dgn sebuk kunyit dan sedikit garam kemudian goreng setengah masak.
ketepikan.
kurangkan lebihan minyak goreng hingga tinggal anggaran 1 cawan
tumis bawang putih hingga naik bau
masukan cili kering kisar.
tumis hingga naik bau
masukan kedua2 sos
masukan air
masukan gula
rasakan garam,jika kurang tambah sedikit garam
telur di kocak2
bila sudah mendidih,masukan telur,bawang besar
akhir sekali masukan ketam
gaul sebati
sedia untuk di hidangkan

*sedap di makan bersama roti


By: anymz-mykitchen.blogspot.com

KEK PISANG

KEK PISANG

Bahan – bahan

2 cawan tepung gandum (sila guna yg berkualiti, maaf trpksa jujur tp gandum yg cap kunci 1 mlysia tu xelok sngt)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang masak (warna kuning tu haaa...lenyekkan)
½ cawan minyak masak (kalau guna minyak jagung lagi gebu sedap dan sihat!hehe)
2 biji telur
esen vanilla

cara caranya :

ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder dan kemudian ketepikan. sementara tu, griskan dulu loyang kek dengan sedikit mentega/ marjerin. dan panaskan oven 180 darjah celcius.

seterusnya, putar telur + gula sehingga kembang.

pastu masukkan esen vanilla dan pisang, putar hingga sebati, dan masukkan tepung gandum + soda bikarbonat + baking powder yang telah diayak tadi...

akhir sekali, barulah masukkan minyak dan pukul hingga sebati...

tuang ke dalam loyang yang telah digriss td, dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit ataupun 1 jam. (cucuk la ngan lidi ke ape ke...untuk check masak xkt dalam)

setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan....lepas tu boleh la nak ngap pon!

selamat mencuba! nak guna loyang bulat ke, panjang ke, macam mana pun, boleh. hihi

By: inibelogcikgusuraya.blogspot.com

KEK BATIK COKLAT

KEK BATIK COKLAT
Bahan2nya ( utk berat 1 kg )
200gm millo ( saya letak 2 cawan metrik )
250gm butter
3 sudu makan serbuk koko
1 tin kecil susu pekat manis
biskut marie secukupnya

Cara membuatnya

1. Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
2. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali…
3. Setelah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur
4. Seterusnya masukkan serbuk koko…. gaul tanpa henti sehingga halus dan tak berketul lagi….
5. Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
7. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
8. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman…. potong dan siap untuk dihidangkan…

By: potretkasih.com (Resepi : Myllla@myresepi)

DAGING DENDENG

DAGING DENDENG

Bahan-bahannya:

1 kilo daging

100-150 gram cili kering ( dikisar)

5/6 labu bawang merah besar dan dikisar bersama cili kering

Sedikit gabungan kicap lemak manis dan kicap pekat

2/3 sudu besar cuka

Garam dan gula

Sedikit minyak untuk menumis

# Sedikit halia, bawang putih yang dikisar untuk diperap bersama daging

Cara membuatnya:

Rebus daging sehingga empuk

Potong daging nipis-nipis dan tumbuk sehingga leper

Perap daging bersama bahan-bahan perapan dan sedikit kicap selama 30 mint- 1 jam

Goreng daging, angkat dan toskan

Tumis bawang dan cili kering sehingga garing dan naik minyak

Masukkan kicap dan gaul rata

Masukkan daging yang telah digoreng tadi

Masukkan garam, gula dan cuka

Gaulkan dendeng daging,angkat dan hidangkan

By: azianhasan.com

PUDING KASTARD JAGUNG

PUDING KASTARD JAGUNG

Bahan utk Puding:
1 cawan tepung kastard
1 1/2 cawan jagung manis (dalam tin)
3/4 cawan gula pasir
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair

Bahan Tambahan:
1 cawan buah campuran dalam tin (tak letak)

Cara-cara:
Letak buah-buahan campuran ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2, ketepikan - bagi yang nak buat Puding Kastard Jagung Berkoktail.

Campurkan kesemua bahan utk puding ke dalam kuali dan kacau mesra. Kemudian letak di atas api yang perlahan dan kacau terus-menerus hingga adunan pekat dan berkilat.

Angkat dan tuangkan ke dalam loyang kesukaan atau bekas acuan berisi buah-buahan campuran tadi.

Tunggu sehingga sejuk dan kemudian masukkan dalam peti ais. Sedap dimakan bila sejuk.

By: Dapur CT & aziejaya.blogspot.com